Soalan Lazim - Pembekal

S1.Apakah yang perlu saya lakukan sebagai persediaan untuk menggunakan Sistem ePerolehan?

Sebagai permulaan, anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan secara atas talian melalui sistem pendaftaran pembekal Sistem ePerolehan. Selepas itu, anda hendaklah memohon sekurang-kurangnya satu Medium Akses ePerolehan untuk menjalankan urusan perolehan secara atas talian dengan pihak Kerajaan di https://sas.commercedc.com.my/SAS/userlogin.asp

» Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai Medium Akses ePerolehan


S2. Apakah faedah-faedah menggunakan Sistem ePerolehan?
Proses perolehan secara atas talian akan memperbaiki kecekapan dan menawarkan masa pusingan yang lebih cepat dalam operasi perniagaan harian anda dengan pihak Kerajaan.

» Klik sini untuk maklumat lanjut


S3. Bolehkah saya berurus niaga dengan Kerajaan sekiranya saya bukan pembekal berdaftar dengan Kementerian Kewangan?
Anda mesti membuat pendaftaran melalui Sistem ePerolehan. Sistem ePerolehan menawarkan permohonan dan pendaftaran untuk kedua-dua jenis permohonan Kontraktor dan Perunding.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (ePC) atau hubungi talian bantuan 03- 7985 7777.

» Klik sini untuk maklumat lanjut


S4. Apakah kursus yang disediakan untuk menggunakan ePerolehan?
Kami menyediakan pembelajaran atas talian melalui modul ePerolehan Online Learning (ePOL). Menerusi modul ini, anda boleh mempelajari melalui dua kaedah pembelajaran iaitu:
  • Pembelajaran multimedia atau Computer-Based Training (CBT) secara percuma; dan
  • Latihan Secara Bersemuka (Instructor-led Training) dengan bayaran yang ditetapkan.

S5. Apakah khidmat bantuan yang ditawarkan untuk sebarang pertanyaan tentang Sistem ePerolehan? ?
Anda boleh berkunjung ke ePC berdekatan atau hubungi talian bantuan di 03-7985 7777 atau emel di bantuan@eperolehan.gov.my, untuk mendapatkan panduan selanjutnya.

» Klik sini untuk senarai lokasi Pusat Perkhidmatan ePerolehan terdekat

Telah dikemaskinikan pada Fri, 01 Apr 2016 07:09:52 +0800