Pengumuman Pengumuman

Back

Penangguhan Aktiviti Pengumpulan Maklumat Profil Pengguna Dan Pusat Tanggungjawab (PTJ Onboarding) bagi Sistem ePerolehan Baharu

Merujuk kepada surat edaran Jabatan Akauntan Negara bertarikh 26 September 2016, adalah dimaklumkan bahawa Aktiviti Pengumpulan Maklumat Profil Pengguna Dan PTJ Secara Atas Talian (PTJ Onboarding) telah ditangguhkan dan akan dilaksanakan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak kepada 3 Julai 2017. 

Walau bagaimanapun, semua Pegawai Sokongan PTJ/Jabatan perlu meneruskan aktiviti mengemaskini profil pengguna di dalam sistem ePerolehan sedia ada. Hal ini adalah merujuk kepada Pihak PTJ boleh merujuk kepada surat Kementerian Kewangan bil. K.KEW/PK/MOF/ePP3/55/12 (29) bertarikh 21 Jun 2016.

Sehubungan itu, pihak Tuan/Puan diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya untuk perkara di atas bagi memastikan pelaksanaan Sistem eP Baharu berjalan lancar.

Untuk sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui saluran berikut:
Telefon            : 03-7985 7888
Emel                : bantuanptj@eperolehan.gov.my

Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan dalam aktiviti PTJ On Boarding sebelum ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Untuk makluman, maklumat yang telah dimasukkan dan dikemaskini sebelum ini masih boleh digunapakai apabila aktiviti PTJ On Boarding diaktifkan semula.

Sekian, terima kasih