Pengumuman Pengumuman

Back

Notis Pelaksanaan Format Baharu Surat Setuju Terima Dalam Modul Sebut Harga/Tender/eBidding Melalui Sistem ePerolehan

Kepada Semua Pengguna ePerolehan (PTJ dan Pembekal)

Dimaklumkan bahawa 1PP/PK4.2 berkaitan penyediaan dan penggunaan format baharu Surat Setuju Terima (SST) akan berkuat kuasa pada 1 September 2017. Sehubungan itu, semua PTJ hendaklah mengeluarkan SST dengan menggunakan format baharu mulai tarikh tersebut.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan 1PP/PK4.2 ini ditangguhkan pemakaiannya untuk perolehan yang menggunakan Sistem ePerolehan (eP). Ini bermaksud mana-mana pengeluaran SST melalui Sistem eP tidak tertakluk kepada penggunaan format baharu SST sehingga penambahbaikan dibuat dalam Sistem eP.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Bantuan ePerolehan di talian 03-7985 7777/ 03-7985 7888 atau emel bantuan@eperolehan.gov.my

Terima kasih