Latihan Untuk Pembekal

Kursus kepada pembekal ePerolehan direka khusus untuk pembekal ePerolehan supaya dalam tempoh yang singkat anda mampu memperolehi pengetahuan, membantu peningkatan kefahaman dan kemahiran penggunaan ePerolehan. Terdapat dua metodologi latihan yang ditawarkan untuk melengkapkan para pembekal dengan pengetahuan dan latihan praktikal untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai aplikasi ePerolehan.

1. Latihan Secara Bersemuka (Instructor-led Training)

Latihan secara bersemuka merupakan latihan secara interaktif diantara tenaga pengajar dan peserta latihan. Peserta-peserta akan mendapat latihan secara tubi (hands-on) ke atas aplikasi ePerolehan dan akan diberi modul pembelajaran yang komprehensif.

Faedah-faedah menghadiri kelas latihan ini adalah:

  • Peluang bersemuka untuk sesi soal jawab dengan tenaga pengajar yang professional dan berpengalaman
  • Meningkatkan kefahaman dan interaksi antara peserta
  • Sistem pembelajaran yang intensif dan teratur
  • Penggunaan kelengkapan yang baik di dalam kelas
  • Ruang pembelajaran yang kondusif

Modul latihan yang ditawarkan adalah:
I)  Pembelian Terus & Penciptaan Katalog
II) Sebut harga dan Tender ePerolehan

2. Pembelajaran Multimedia (Computer-Based Training)

Para pengguna dapat memuat turun program pembelajaran multimedia ke dalam komputer masing-masing bagi mengetahui cara-cara untuk menggunakan ePerolehan. Selepas muat turun, pengguna secara individu boleh mengikuti siri topik latihan yang dikehendaki dan memahirkan diri tentang penggunaan ePerolehan.

Klik disini untuk muat turun Modul Pembelajaran Multimedia


Modul Latihan - Latihan Secara Bersemuka

I) ePerolehan Pembelian Terus & Penciptaan Katalog

Modul Latihan : ePerolehan Pembelian Terus & Penciptaan Katalog
Tempoh : 1 hari
Harga : RM250.00
Metodologi : Latihan Menggunakan Komputer Secara Bersemuka dengan Tenaga Pengajar

 

Objektif

Pada akhir sesi ini peserta akan dapat:

  • Memahami definisi Pembelian Terus.
  • Memahami aliran kerja, turutan fungsi dan proses yang berkaitan dengan Pembelian Terus.
  • Memahami aliran kerja, turutan fungsi dan proses Perolehan Atas Talian (Produk), Perolehan Atas Talian (Perkhidmatan), Perolehan Kecemasan (Produk), Pembatalan Pesanan Kerajaan dan Papan Mesej.
  • Memahami Laporan Pesanan Kerajaan, Laporan Penerimaan Barangan, Laporan Invois/Pembayaran dan Laporan Nota Pelarasan Kredit.

II) Sebut harga dan Tender ePerolehan

Modul Latihan : Sebut harga dan Tender ePerolehan
Tempoh : 2 hari
Harga : RM500.00
Metodologi : Latihan Menggunakan Komputer Secara Bersemuka dengan Tenaga Pengajar

 

Objektif

Pasa akhir sesi ini peserta akan dapat:
  • Memahami definisi Sebut harga dan Tender.
  • Memahami aliran kerja, proses dan dan fungsi yang terdapat dalam perolehan Sebut harga dan Tender.
  • Memahami tentang proses penerimaan pelawaan untuk penyertaan Sebutharga.
  • Melihat dan menyemak maklumat Sebutharga dan Tender yang dipaparkan di Papan Kenyataan ePerolehan.
  • Memahami tentang proses membuat bayaran dan memuat turun dokumen Tender yang diiklankan di Papan Kenyataan ePerolehan.
  • Menyediakan kertas cadangan bagi Sebutharga dan Tender untuk proses penilaian.
  • Mencipta Pesanan Penghantaran bagi penghantaran produk dan Nota Pelaksanaan Perkhidmatan bagi perkhidmatan.
  • Mencipta Invois bagi proses pembayaran.
  • Membuat permohonan untuk perlanjutan tarikh tutup bagi Sebutharga yang telah diterbitkan.
  • Mengajukan permohonan bantahan ke atas Tender yang dikeluarkan.

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN JADUAL KURSUS:

  1. MODUL SEBUTHARGA & TENDER

 

Telah dikemaskinikan pada Wed, 09 Aug 2017 14:54:34 +0800