Kenapa ePerolehan?

  • Faedah Kepada Pembekal
  • Faedah Kepada Kerajaan
Faedah Kepada Pembekal
  • Pembekal akan lebih mudah dihubungi oleh pembeli Kerajaan pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
  • ePerolehan membolehkan peralihan pembekal kepada ePerniagaan, menyediakan ruang kemasukan untuk keupayaan ePerniagaan.
  • Pembekal akan berpeluang untuk mengambil dan menerima konsep ePerniagaan dengan lebih cepat dengan penggunaan ePerolehan.
  • Pengiklanan barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan pantas dan akhirnya mencapai jumlah pembeli yang lebih luas.
  • Menerusi Internet, para pembekal pastinya akan dapat melaksanakan pengiklanan tanpa sempadan pada tahap harga yang paling rendah.
  • Proses-proses menjadi mudah dan kerja manual yang sedikit dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi. Melalui ePerolehan, hampir semua operasi perniagaan akan diautomasikan bukan hanya menjadikan kos operasi paling rendah, tetapi juga pusingan masa yang lebih pantas kepada pembeli.
  • Pembekal akan menerima bayaran yang cepat melalui bayaran secara elektronik/MEPS. Disokong oleh jaringan infrastruktur yang sangat terjamin, para pembekal mampu menerima bayaran barangan dan perkhidmatan dalam jangka masa yang lebih pendek.
  • Memperbaiki perancangan dan ramalan perniagaan sewajarnya dengan proses perolehan yang lebih efisien dan terancang. ePerolehan mengautomasikan proses perniagaan di samping meningkatkan kecekapan kerja, para pembekal juga boleh menjangka proses perolehan dengan lebih tepat.
Faedah Kepada Kerajaan
  • Menawarkan proses perolehan yang lebih efektif dan efisien selari dengan transformasi negara ke arah K-ekonomi. ePerolehan merupakan jentera kepada Kerajaan Malaysia untuk melangkah ke dalam ekonomi baru dan mempromosikan ePerniagaan secara meluas dalam negara.
  • Pengurangan kos operasi berdasarkan masa. Kerajaan Malaysia akan dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi melalui penggunaan ePerolehan kerana proses urusniaga dikurangkan dan diringkaskan.
  • Pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta yang terkini. Pembeli Kerajaan akan dapat mengakses serta-merta kepada pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi ePerolehan, dan ini akan menjadikan mereka sebagai pembeli yang lebih sedia maklum.
  • Maklumat dan senarai harga produk terkini disediakan secara atas talian (online). ePerolehan akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini yang pastinya dapat membantu pembeli membuat pilihan perolehan yang lebih tepat.
  • Tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan. Melalui penggunaan ePerolehan, secara tidak langsung menggalakkan kadar tenaga kerja celik IT yang lebih ramai dalam sektor kerajaan dan swasta.
  • Pengurusan belian dan bayaran yang lebih baik. Dengan ePerolehan, pembeli kerajaan akan dapat menjejaki dan mengaudit proses perolehan/urus niaga yang telah dibuat.

Telah dikemaskinikan pada Wed, 06 Apr 2016 06:20:12 +0800