| Notis Pemberitahuan Ketersediaan Kod-Kod Kementerian Berikutan Penstrukturan Semula Kabinet |
| Wednesday, 01 July 2009 15:33 |
|
There are no translations available. Dimaklumkan bahawa selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 9 April 2009 berkenaan penstrukturan semula kabinet, terdapat beberapa Kementerian yang telah digabungkan bagi membentuk Kementerian baru. Berikutan daripada penggabungan tersebut, terdapat beberapa kod Kementerian, Jabatan dan PTJ yang akan bertukar kepada kod-kod yang baru. Pemakaian kod-kod baru ini mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2009. Walaubagaimanapun, proses penukaran kod-kod baru Kementerian yang berkenaan ke dalam sistem eP sedang dijalankan. Oleh itu, PTJ yang terlibat hanya boleh menggunapakai kod-kod baru tersebut bermula pada 6 Julai 2009. Urusan ini tidak melibatkan PTJ yang tidak terlibat dengan penggabungan Kementerian. |
Disclaimer
The Government of Malaysia and The Ministry Of Finance shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recomended by the Ministry of Finance.
http://www.ePerolehan.gov.my
"Official Portal For Malaysian Government Procurement"





























