| ePerolehan Centre |
Pihak kami telah menubuhkan tiga buah Kaunter Perkhidmatan ePerolehan berlokasi di kompleks Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya, Sabah dan Sarawak.Selain daripada penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan, pihak kami juga turut menubuhkan ePerolehan Centre di Petaling Jaya, Parsel E12 di Putrajaya, Ipoh, Johor Bahru dan George Town. ePerolehan Centre akan ditambah dari masa ke semasa di setiap negeri di seluruh negara. Objektif penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan dan ePerolehan Centre adalah sebagai usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami serta bagi membantu para pembekal untuk berurusan dengan pihak Kerajaan melalui transaksi perolehan barangan dan perkhidmatan Kerajaan melalui sistem ePerolehan. Ianya juga adalah bagi menampung keperluan pendaftaran semasa, berikutan kepada peningkatan bilangan pendaftaran pembekal di seluruh negara. Dengan penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan dan ePerolehan Centre, pihak kami yakin dapat memberikan perkhidmatan-perkhidmatan dengan lebih efisien, iaitu sejajar dengan arahan Perbendaharaan untuk memansuhkan urusan bekalan barangan dan perkhidmatan secara manual:
|
| Tarikh dikemaskini Selasa, 09 Jun 2009 22:43 |
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"


























ePerolehan Centre
Pihak kami telah menubuhkan tiga buah Kaunter Perkhidmatan ePerolehan berlokasi di kompleks Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya, Sabah dan Sarawak.


