logo ePerolehan BM
Accessibility
   
DefaultStyle GreenStyle BlueStyle Red
Khidmat bantuan
Permohonan Sijil Digital
Sijil Virtual MOF
eCat Versi 2.0
eCat Versi 2.0 PERCUMA
Daftar Emel eP
Akses emel
Muat Turun
Microsoft Internet Explorer 7
Ujian Lebar Jalur
Dapatkan RSS Reader
Dapatkan Acrobat Reader

Links

Kementerian KewanganUnit ePerolehan

myGovernmentMSC

MAMPUeKL

Akauntan Negara MalaysiaTender2U

spa

 

 

 

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar polisi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web ePerolehan di www.eperolehan.gov.my.


Keselamatan Data

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.


Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari www.eperolehan.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui emel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.


Pautan

Walaupun www.eperolehan.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.


Fail Log

Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web ePerolehan, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.


Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

Website ePerolehan menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada website ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan website ini.


Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.


Pertanyaan atau Aduan

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi www.eperolehan.gov.my bolehlah menghubungi kami melalui Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau melalui borang pertanyaan yang disediakan.

Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.

Tarikh dikemaskini Rabu, 03 Jun 2009 04:16
 

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan

http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"