| Notis Pekeliling |
|
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2009 telah dikeluarkan bagi menggariskan peraturan mengenai pengurusan perbelanjaan, perakaunan, hasil dan akaun amanah untuk tahun 2009, bagi Kementerian yang terlibat dengan penyusunan semula yang berkuatkuasa mulai 10 April 2009. Selaras dengan keperluan ini serta arahan di perenggan 4 pekeliling tersebut, Kementerian yang terlibat dikehendaki memastikan semua urusan perolehan di sistem ePerolehan diselesaikan sehingga ke peringkat padanan bayaran sebelum atau pada 25 Jun 2009 bagi membolehkan urusan pembayaran di sistem eSPKB dan GFMAS dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2009. Sila rujuk di sini untuk senarai Kementerian/Jabatan/PTJ yang terlibat. Sekian terima kasih. |
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"




























