| Notis Pemberitahuan Ketersediaan Kod-Kod Kementerian Berikutan Penstrukturan Semula Kabinet |
| Rabu, 01 Julai 2009 15:33 |
|
Dimaklumkan bahawa selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 9 April 2009 berkenaan penstrukturan semula kabinet, terdapat beberapa Kementerian yang telah digabungkan bagi membentuk Kementerian baru. Berikutan daripada penggabungan tersebut, terdapat beberapa kod Kementerian, Jabatan dan PTJ yang akan bertukar kepada kod-kod yang baru. Pemakaian kod-kod baru ini mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2009. Walaubagaimanapun, proses penukaran kod-kod baru Kementerian yang berkenaan ke dalam sistem eP sedang dijalankan. Oleh itu, PTJ yang terlibat hanya boleh menggunapakai kod-kod baru tersebut bermula pada 6 Julai 2009. Urusan ini tidak melibatkan PTJ yang tidak terlibat dengan penggabungan Kementerian. |
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"






























