logo ePerolehan BM
Accessibility
   
DefaultStyle GreenStyle BlueStyle Red
Khidmat bantuan
Permohonan Sijil Digital
Sijil Virtual MOF
eCat Versi 2.0
eCat Versi 2.0 PERCUMA
Daftar Emel eP
Akses emel
Muat Turun
Microsoft Internet Explorer 7
Ujian Lebar Jalur
Dapatkan RSS Reader
Dapatkan Acrobat Reader

Links

Kementerian KewanganUnit ePerolehan

myGovernmentMSC

MAMPUeKL

Akauntan Negara MalaysiaTender2U

spa

 

 

 

Pek Permulaan ePerolehan

Apakah Pek Permulaan?

Pek permulaan ini memperkenalkan anda kepada sistem perdagangan elektronik ePerolehan secara mudah melalui panduan langkah demi langkah ke arah pembolehan. Ianya dibangunkan khusus untuk membantu anda menjalankan perdagangan di samping membantu anda memahami mengendalikan sendiri sistem ini dengan lancar dan cepat.

Pek Permulaan adalah satu panduan mudah langkah demi langkah yang menggariskan arahan lengkap bagaimana anda membolehkan urusniaga anda dengan pihak Kerajaan selepas mendaftar dengan Kementerian Kewangan melalui ePerolehan. Pek Permulaan ini diberikan secara percuma kepada semua pembekal yang baru berdaftar dan bertujuan membantu pembekal melalui proses pembolehan sebelum ia boleh menjalankan perdagangan dengan pihak Kerajaan.

Pek Permulaan ini disediakan dalam format Acrobat Reader. Jika anda mempunyai sokongan perisian ini, sila klik untuk terus memuat turun Pek Permulaan anda.

Jika anda tidak mempunyai perisian ini atau tidak pasti, anda boleh mendapatkan Pek Permulaan ini melalui beberapa langkah:

  1. Untuk menguji sama ada Acrobat® Reader telah dipasang, klik di atas ikon atau pautan di bawah:

    Klik sini Contoh dokumen PDF

     

  2. Jika anda boleh membaca dokumen, Acrobat® Reader telah dipasang. Jika sebaliknya, sila teruskan dengan panduan pemasangan.

Panduan Pemasangan

 

  1. Klik ikon di bawah untuk memuat turun (download) Adobe® Acrobat Reader untuk Windows 95/98/ME/NT/2000/XP secara percuma.

    Dapatkan Acrobat Reader

     

  2. Gunakan fungsi Save to Disk pelayar web anda untuk menyimpan fail ke dalam folder (biasanya C:\temp or C:\My Downloads).
  3. Setelah siap download, sila semak imbas dalam direktori di mana fail telah dimuat turun. Klik dua kali (double-click) fail yang telah dimuat turun ('ar505enu.exe').
  4. Ikuti panduan pemasangan atas skrin.

Acrobat® Reader 5.0
Keperluan Sistem Windows

  • Komputer peribadi dengan pemproses Intel® Pentium
  • Microsoft Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT 4.0 with Service Pack 5 atau kemudiannya, Windows 2000, atau Windows XP
  • 64 MB RAM
  • 24 MB ruang kosong cakera keras

Jika proses memuat turun telah berjaya, sila klik untuk terus memuat turun Pek Permulaan anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Khidmat Bantuan ePerolehan di 03-7985 7777 atau e-mel kami di Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Tarikh dikemaskini Ahad, 14 Jun 2009 23:06
 

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan

http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"