logo ePerolehan BM
Accessibility
   
DefaultStyle GreenStyle BlueStyle Red
Khidmat bantuan
Muat Turun
Microsoft Internet Explorer 7
Ujian Lebar Jalur
Dapatkan Acrobat Reader
Dapatkan RSS Reader
Permohonan Sijil Digital
Sijil Virtual MOF
eCat Versi 2.0
Daftar Emel eP
Akses emel

Links

Kementerian KewanganUnit ePerolehan

myGovernmentMSC

MAMPUeKL

Akauntan Negara MalaysiaTender2U

spamysms

 

 

 

Soalan-soalan Lazim PDF  Array Cetak Array  E-mail
Sila klik pada soalan di bawah untuk melihat jawapannya

Persediaan untuk Penggunaan ePerolehan


S1.Apakah yang perlu saya lakukan sebagai persediaan untuk menggunakan sistem ePerolehan?

Sebagai permulaan, anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan secara atas talian melalui sistem pendaftaran pembekal ePerolehan. Selepas itu, anda hendaklah memohon sekurang-kurangnya satu Medium Akses ePerolehan untuk menjalankan urusan perolehan secara atas talian dengan pihak Kerajaan.
Klik di sini untuk memohon Medium Akses ePerolehan

Klik disini untuk maklumat lanjut Medium Akses ePerolehan


S2.Bilakah saya harus bersedia?

Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan surat Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan S/K.KEW/PK/EP/1100/000000/143/23 Jld. 3(7) bertarikh 3hb Disember 2002 kepada semua pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menggesa para pembekal supaya menyediakan infrastruktur bagi menggunakan sistem ePerolehan. Jika syarikat anda gagal membuat demikian, Kementerian Kewangan telahpun menyatakan bahawa anda mungkin kehilangan peluang untuk berurusniaga dengan pihak Kerajaan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk bersedia secepat yang mungkin.


S3. Apakah faedah-faedah menggunakan sistem ePerolehan?

Proses perolehan secara atas talian akan memperbaiki kecekapan dan menawarkan masa pusingan yang lebih cepat dalam operasi perniagaan harian anda dengan pihak Kerajaan.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai faedah ePerolehan kepada pembekal


S4. Apakah yang saya perlu buat jika saya bukan seorang pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan?

Anda mesti membuat pendaftaran melalui ePerolehan. Sistem ePerolehan menawarkan permohonan dan pendaftaran untuk kedua-dua jenis permohonan Kontraktor dan Perunding.
Klik di sini untuk panduan



S5. Apakah latihan yang disediakan untuk menggunakan ePerolehan?

Kami menyediakan latihan menyeluruh bagi semua modul-modul ePerolehan.
Klik di sini untuk mengakses Borang Pendaftaran untuk kursus latihan yang anda ingin sertai (Kursus Di Lembah Klang)
Klik di sini untuk mengakses Borang Pendaftaran untuk kursus latihan yang anda ingin sertai (Kursus Di Luar Lembah Klang)
Klik di sini untuk mengakses Borang Pendaftaran untuk kursus latihan yang anda ingin sertai (Kursus Di Sabah & Sarawak) atau
Klik di sini untuk memuat turunkan CBT atau Pembelajaran Multimedia


S6. Bagaimana pula jika saya hanya membekalkan perkhidmatan? Adakah sistem ePerolehan disediakan untuk pembekal perkhidmatan?

Ya, sistem ePerolehan sememangnya dibina khusus untuk pembekal-pembekal yang membekal samada produk, perkhidmatan atau kedua-duanya.


S7. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya tidak mempunyai infrastruktur yang sewajarnya atau jika saya tidak tahu menggunakan sistem ePerolehan?

Anda boleh menghubungi bahagian Khidmat Bantuan ePerolehan di talian 03-7985 7777 atau emel di Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya , untuk mendapatkan panduan bagaimana menyediakan syarikat untuk ePerolehan, ataupun anda boleh merujuk kepada mana-mana Pusat Perkhidmatan ePerolehan yang dilantik oleh Commerce Dot Com.
Klik di sini untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan ePerolehan yang terdekat dengan anda.
Tarikh dikemaskini Selasa, 16 Jun 2009 06:43
 

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan

http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"