logo ePerolehan BM
Accessibility
   
DefaultStyle GreenStyle BlueStyle Red
Khidmat bantuan
Permohonan Sijil Digital
Sijil Virtual MOF
eCat Versi 2.0
eCat Versi 2.0 PERCUMA
Daftar Emel eP
Akses emel
Muat Turun
Microsoft Internet Explorer 7
Ujian Lebar Jalur
Dapatkan RSS Reader
Dapatkan Acrobat Reader

Links

Kementerian KewanganUnit ePerolehan

myGovernmentMSC

MAMPUeKL

Akauntan Negara MalaysiaTender2U

spa

 

 

 

Latihan Pembekal
Commerce Dot Com Sdn Bhd menawarkan beberapa kursus aplikasi ePerolehan. Kursus-kursus yang ditawarkan kepada pembekal adalah untuk membantu peningkatan kefahaman dan kemahiran penggunaan ePerolehan.

Kursus-kursus yang ditawarkan

Sila klik pada nama kursus untuk maklumat lanjut.

Modul Kursus : ePerolehan Pembelian Terus & Mencipta Katalog
Kod :SDP-EP
Kumpulan Sasar : Pembekal
Tempoh :2 hari
Harga :RM550.00
Metodologi :Latih tubi
Pusat Latihan:Petaling Jaya, Selangor

Objektif

Di akhir kursus, peserta akan dapat:

* Memahami definisi Pembelian Terus
* Memahami aliran kerja, turutan fungsi dan proses yang berkaitan dengan Pembelian Terus
* Memahami aliran kerja, turutan fungsi dan proses Perolehan Atas Talian (Produk), Perolehan Atas Talian (Perkhidmatan), Perolehan Kecemasan (Produk), Pembatalan Pesanan Kerajaan dan Papan Mesej
*Memahami Laporan Pesanan Kerajaan, Laporan Penerimaan Barangan, Laporan Invois/Pembayaran dan Laporan Nota Pelarasan Kredit

Rangka Kursus

Modul Kursus : Sebut harga dan Tender ePerolehan
Kod :SQT-EP
Kumpulan Sasar : Pembekal
Tempoh :2 hari
Harga :RM650.00
Metodologi :Latih tubi
Pusat Latihan:Petaling Jaya, Selangor

Objektif

Di akhir sesi ini peserta akan dapat:

* Memahami definisi Sebut harga dan Tender
* Memahami aliran kerja, proses dan dan fungsi yang terdapat dalam perolehan Sebut harga dan Tender.
* Memahami tentang proses penerimaan pelawaan untuk penyertaan Sebutharga.
* Melihat dan menyemak maklumat Sebutharga dan Tender yang dipaparkan di Papan Kenyataan.
* Memahami tentang proses membuat bayaran dan memuat turun dokumen Tender yang diiklankan di Papan Kenyataan ePerolehan.
* Menyediakan kertas cadangan bagi Sebutharga dan Tender untuk proses penilaian.
* Mencipta Pesanan Penghantaran bagi penghantaran produk dan Nota Pelaksanaan Perkhidmatan bagi perkhidmatan.
* Mencipta Invois bagi proses pembayaran.
* Membuat permohonan untuk perlanjutan tarikh tutup bagi Sebutharga yang telah diterbitkan
* Mengajukan permohonan bantahan ke atas Tender yang dikeluarkan.

Rangka Kursus



Metodologi Latihan

Terdapat dua metodologi latihan yang ditawarkan oleh Commerce Dot Com untuk melengkapkan para pembekal dengan pengetahuan dan latihan praktikal untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai aplikasi ePerolehan.

 

  1. Latihan Bersemuka (Instructor-led Training)

     Latihan Bersemuka dijalankan di Pusat Latihan ePerolehan yang ditubuhkan oleh Commerce Dot Com. Peserta kursus akan mendapat latihan secara tubi (hands-on) ke atas aplikasi ePerolehan dan akan diberi modul pembelajaran yang komprehensif.

    Faedah-faedah menghadiri kursus ini adalah:

    • Peluang bersemuka untuk sesi soal jawab dengan tenaga pengajar yang professional dan berpengalaman
    • Peningkatan kefahaman menerusi latihan dan pergaulan sesama peserta
    • Sistem pembelajaran yang intensif dan teratur
    • Penggunaan kelengkapan yang baik di dalam kelas
    Kurikulum kelas latihan adalah diiktiraf oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

     

  2. Pembelajaran Multimedia

     Para pengguna dapat memuat turun program pembelajaran multimedia ke dalam komputer masing-masing untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan ePerolehan. Apabila telah dimuat turun, pengguna secara individu boleh mengikuti siri topik latihan sendiri untuk memahirkan diri tentang penggunaan ePerolehan.

Pusat Latihan

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
1A, 1st Floor, Block 2,
Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Map lokasi

Untuk mendapat keterangan lanjut bagi kegunaan fasiliti dan kemudahan-kemudahan lain, sila hubungi 03-7985 7700 atau e-mel kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan

http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"