logo ePerolehan BM
Accessibility
   
DefaultStyle GreenStyle BlueStyle Red
Khidmat bantuan
Permohonan Sijil Digital
Sijil Virtual MOF
eCat Versi 2.0
eCat Versi 2.0 PERCUMA
Daftar Emel eP
Akses emel
Muat Turun
Microsoft Internet Explorer 7
Ujian Lebar Jalur
Dapatkan RSS Reader
Dapatkan Acrobat Reader

Links

Kementerian KewanganUnit ePerolehan

myGovernmentMSC

MAMPUeKL

Akauntan Negara MalaysiaTender2U

spa

 

 

 

Panduan Pembayaran Kredit Terus
Kemudahan Perbankan bagi Pendaftaran ePerolehan
Dalam usaha kami bagi mempertingkatkan perkhidmatan ePerolehan, cara pembayaran yang mudah iaitu "kredit terus" melalui Maybank Berhad ("Maybank") telah diperkenalkan. Untuk memastikan pembayaran anda diproses dengan cepat:

  1. Buat pembayaran di mana-mana cawangan Maybank kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd.
  2. Isikan slip simpanan seperti contoh di bawah.
  3. Isikan nombor akaun Commerce Dot Com Sdn Bhd 562142800978 di atas slip simpanan.
  4. Semak cetakan nombor pendaftaran Kementerian Kewangan di atas slip simpanan selepas pegawai bank memproses dan mengesahkannya. Sila beritahu pekerja bank sekiranya tiada cetakan nombor pendaftaran di atas slip simpanan. Jangan lupa untuk menyimpan slip simpanan sebagai bukti bayaran.
  5. Bagi pembayaran yang menggunakan cek luar kawasan, sila tambah jumlah bayaran dengan mengambil kira bayaran komisyen sebanyak 0.03% daripada jumlah bayaran atau RM0.50 yang mana lebih tinggi.
  6. Sila ambil maklum bahawa Sijil Pendaftaran hanya dikeluarkan apabila nombor yang dicetak pada slip pengesahan adalah betul.
  7. Anda hendaklah membuat bayaran sebaik sahaja mengemukakan dokumen sokongan.
  8. Sila hubungi meja bantuan di 03-7985 7777 untuk keterangan lanjut mengenai cara pembayaran ini.
Penting:
Jangan lupa untuk menyimpan salinan slip simpanan sebagai bukti bayaran.
 

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan

http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"