| ePerolehan kini meluaskan rangkaian perkhidmatannya di luar bandar melalui program eP@Desa |
|
Kem. Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Kem. Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KTTHA) dan Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah bekerjasama menyediakan kemudahan perkhidmatan ePerolehan bagi usahawan di luar bandar melalui Pusat Internet Desa (PID) dan Medan Info Desa (MID) di seluruh Malaysia. Sebagai permulaan, sebanyak 32 PID dan MID telah dilatih untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mengenal dan menggunakan sistem ePerolehan untuk berurusan dengan agensi Kerajaan. Di samping berkunjung ke Pusat ePerolehan yang terdapat di seluruh negara, para usahawan dan bakal usahawan boleh mengunjungi PID atau MID yang berdekatan untuk mendapat perkhidmatan rundingan bagi Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, penggunaan sistem ePerolehan untuk bertransaksi dengan agensi Kerajaan, dan jualan produk ePerolehan. Sila lihat senarai untuk alamat PID dan MID. |
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
http://www.ePerolehan.gov.my
"Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia"





























