Katalog Elektronik (eCAT)

Pembekal yang telah berdaftar boleh menikmati kelebihan pengiklanan atas talian melalui ePerolehan secara percuma tanpa had bilangan item yang hendak dipaparkan.

Pembekal yang ingin menjual produk atau perkhidmatan mereka kepada agensi Kerajaan Persekutuan perlu mempunyai katalog elektronik yang telah dimuat naik ke dalam sistem ePerolehan.

Sebagai langkah pertama, katalog elektronik perlu dicipta dan diuruskan di dalam sistem eCAT sebelum ia dimuat naik ke sistem ePerolehan. Tujuannya bagi membolehkan Peminta Kerajaan melayari dan memperoleh bekalan dan perkhidmatan yang hendak dibeli secara atas talian.

 


 

Telah dikemaskinikan pada Fri, 01 Apr 2016 07:32:06 +0800