Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
NOTIS KENYATAAN eBIDDING
Adalah di maklumkan bahawa Bahagian Perbendaharaan Malaysia mempelawa syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan masih sah tempohnya di bawah pecahan kepala 210101, 210102, 210103 dan 040200; bertaraf Bumiputera; beralamat pendaftaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Wilayah Persekutuan Putrajaya/Selangor; dan mempunyai modal berbayar minimum RM1.0 juta pada tarikh 25 September 2008 bagi perolehan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Melancar Perkakasan ICT untuk Perbendaharaan dan Bahagian Pinjaman Perumahan. Tarikh tutup mengemukakan tawaran awal (pra kelayakan) eBidding ini ialah pada 20hb Oktober 2008 (isnin) jam 12.00 tengahari dan tarikh eBidding atas talian adalah pada 3 November 2008 (isnin) mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Untuk maklumat selanjutnya sila rujuk lampiran di bawah:
Untuk makluman, waktu beroperasi bagi bulan Ramadhan di Pusat ePerolehan Petaling Jaya adalah dari pukul 9.00pg hingga 5.00 ptg, Isnin hingga Jumaat
NOTIS PENGUMUMAN
Beberapa penambahbaikan telah dibuat terhadap modul Pembelian Terus,Sebutharga dan Tender. Sila klik pautan di bawah untuk
memuat turun nota keluaran yang berkenaan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Commerce Dot Com Sdn. Bhd. telah menempatkan Kaunter ePerolehan Centre di Bangunan Persekutuan, Tingkat Bawah, Jalan Anson, 10300 Pulau Pinang mulai 2hb September 2008 bagi memberi perkhidmatan secara langsung kepada pembekal-pembekal di negeri Pulau Pinang. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Senarai Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang dikembalikan oleh Poslaju National Courier - Batch 4
Syarikat-syarikat yang tersenarai di dalam lampiran di bawah di minta menuntut sijil tersebut dalam masa 90 hari mulai hari ini 28 Julai 2008.
Sila klik di bawah untuk melihat senarai.
Sekian, terima kasih.
Unit Pendaftaran ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
PEMBAYARAN ATAS TALIAN MELALUI MAYBANK2U.COM.MY
Berita baik kepada pengguna Pembekal ePerolehan! Pembekal yang mempunyai akaun Maybank boleh membuat bayaran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. melalui perkhidmatan atas talian Maybank2u.com.my secara tunai dan kad kredit.
Jenis pembayaran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. :-
Pembayaran Permohonan Lesen Kementerian Kewangan
Pembayaran Medium Akses eP
Pembayaran Perkhidmatan Latihan eP
Pembayaran Langganan Ruang Katalog
Pembayaran Langganan Notifikasi Tender2U
NOTIS PERTUKARAN DOMAIN PORTAL eP
Berikutan daripada pertukaran domain portal ePerolehan daripada www.eperolehan.com.my kepada www.eperolehan.gov.my, semua agensi yang menggunakan talian EG*Net dikehendaki mengambil langkah-langkah mengemaskini fail hosts.txt.
Untuk sementara waktu capaian menggunakan www.eperolehan.com.my masih dibolehkan. Sekian dimaklumkan dan segala kesulitan adalah amat dikesali.
Arkib Notis : 1. Tuntutan Sijil Pendaftaran Dikembalikan. Selanjutnya... 2. Pembayaran Pendaftaran Kementerian Kewangan. Selanjutnya... 3. Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi, selanjutnya... 4. Mini eP Shoppe baru. Selanjutnya... 5. Sesi Tunjuk Ajar Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Selanjutnya... 6. Makluman Kepada Pembekal di Sabah dan Sarawak. Selanjutnya... 7. Syarat pembekal untuk menjadi ePerolehan Diperboleh, Selanjutnya... 8. Pertukaran domain portal ePerolehan, Selanjutnya... 9. Permohonan Medium Akses eP dihentikan, Selanjutnya... 10. Pelaksanaan Jabatan Mengakaun Sendiri untuk KKDN, Selanjutnya... 11. Kaunter perkhidmatan eP di SSM, Selanjutnya... 12. Maklumat bayaran kredit terus melalui Maybank, Selanjutnya...
Hubungi kami:
Alamat:
Kaunter Perkhidmatan ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Satu, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.